Sejarah Masjid Ljubljana

Rancangan

Permit bagi pembinaan masjid ini pada asalnya dimohon sejak akhir 1960-an, tetapi tidak diluluskan. Usaha ini dilakukan semula pada 90-an yang mewujudkan tentangan di seluruh negara. Pihak perbandaran cuba untuk melakukan satu referendum untuk menghalang pembinaan masjid pada lewat 2003, tetapi ditentang oleh Datuk Bandar, Danica Simšič kerana dilihat mencabar hak kebebasan agama yang tertakluk dalam perlembagaan negara.[2] Referendum tersebut ditolak oleh Makhamah Perlembagaan pada 13 Julai 2004 dengan undian sebanyak tujuh yang membantah menentang satu yang menyokong.[2][3]

Pada Disember 2008, pihak pembandaran mula mengumpul tandatangan bagi referendum kedua, kali ini untuk menentang cadangan pembinaan menara masjid setinggi 40 meter yang ditentang oleh Datuk Bandar, Zoran Janković.[4] Referendum ini juga dihalang oleh Mahkamah Perlembagaan.[5]

Pembinaan

Upacara peletakan batuan asas dilaksanakan pada September 2013 dan dijangka mengambil masa tiga tahun.[6] Pembinaan masjid tertunda pada 2017 dan disambung semula pada tahun berikutnya. Masjid Ljubljana mendapat permit operasi pada September 2019,[7] dan masjid ini dibuka pada Februari 2020.

Kos pembinaan masjid ini pada asalnya dijangka ialah 12 juta, dengan sebahagian besar dana akan dibiayai oleh pihak Qatar,[8] tetapi kos yang sebenar mencecah melebihi €34 juta; pihak Qatar membiayai sebanyak €28 juta terhadap pembinaan.[1]

Pada 2016, terdapat suatu insiden apabila para penentang pembinaan masjid melemparkan kepala dan darah khinzir di tapak pembinaan. Para penentang juga mengkritik campur tangan pihak Qatar yang membiayai dana terhadap pembinaan masjid itu.[5]

Rujukan

WikiPedia: Masjid Ljubljana http://slo-bulletin.blogspot.com/2004/07/finally-m... http://www.thesundaily.my/news/829777 http://www.worldbulletin.net/?aType=haber&ArticleI... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Masji... http://www.ljubljana.si/si/mol/novice/1193/detail.... https://www.total-slovenia-news.com/lifestyle/5555... https://www.nst.com.my/world/world/2020/02/562434/... https://web.archive.org/web/20091110161328/http://... https://web.archive.org/web/20160304042245/http://... https://web.archive.org/web/20200209035941/http://...